Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pejam celik pejam celik tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya dan kita semua akan memasuki tahun baru iaitu tahun 2021 tak lama lagi. Tahun 2020 ni, nampaknya tak seperti yang kita semua gambarkan dengan pelbagai dugaan yang melanda seluruh dunia dengan pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh negara. COVID-19 bagaikan taufan yang melanda tanpa kita semua sempat bersedia. Tentunya sudah banyak yang kita pelajari dari kejadian ini dan ini adalah masanya yang terbaik untuk kita merancang dan bersiap sedia untuk menempuh tahun 2021. Di sini ingin saya kongsikan Tip Perancangan Kewangan 2021 yang diharapkan bermanfaat kepada kita semua.

Masih ingat tak ketika fasa pertama PKP ataupun Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung wabak COVID-19 di negara kita? Ianya merupakan langkah bijak kerajaan bagi mengawal penularan COVID-19 namun begitu ianya memberi implikasi yang dasyat kepada ekonomi negara. Pelbagai sektor dan perniagaan terpaksa gulung tikar dan dilaporkan hampir 100,000 pekerja hilang sumber pendapatan.

1. Mulakan Simpanan Kecemasan

Menurut dari kajian media, hampir 75% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM1,000. Simpanan adalah sangat-sangat penting tambahan lagi simpanan kecemasan. Digalakkan untuk mempunyai sekitar 3 hingga 6 bulan nilai simpanan kecemasan mengikut jumlah komitmen bulanan. Ianya akan dapat membantu kita untuk “bernafas” seketika sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini seperti kehilangan kerja atau sebagainya.

Ya, saya tahu bukan mudah untuk nak amalkan sikap suka menyimpan sebab itulah saya suka nasihatkan ramai orang untuk buat simpanan secara paksa ataupun secara “auto”. Setiap bulan apabila gaji dah masuk, setkan sedikit jumlah dari gaji itu dipindahkan ke akaun lain secara automatik. Dengan cara ni, kita akan dapat elakkan dari habit “belanja dulu baru simpan baki”.

2. Berjimat Cermat

Tip Perancangan Kewangan 2021 masih berkaitan dengan simpanan iaitu kita kena mula berjimat cermat. Berhenti berbelanja pakaian berjenama ataupun makan di restoran mewah. Pakai baju apa yang ada dan masak sendiri sudah memadai. Sekarang bukan lagi zaman menunjuk-nunjuk jenama pakaian yang mahal lagi. Bersederhana dan simpan duit tu.

3. Hapuskan Hutang

Sasaran utama pada tahun 2021 adalah untuk menghapuskan hutang-hutang jahat sekiranya ada. Hutang-hutang jahat ini adalah bermaksud hutang-hutang yang membuat interest rate yang tinggi seperti Personal Loan dan Credit Card. Cuba susun semula komitmen bulanan dan pastikan hutang-hutang ini berjaya dilangsaikan lebih awal. Kepada yang tidak pernah buat personal loan, kalau tak perlu cubalah elakkan. Interest rate personal loan sangat mengelirukan lebih-lebih lagi kepada orang awam yang kurang mahir tentang terms bank.

4. Mula Melabur

Melabur adalah Tip Perancangan Kewangan 2021 yang sangat penting. Kita tak bercakap pasal pelaburan Unit Trust ataupun Saham, tetapi cukupkan pelaburan mengikut kemampuan diri sendiri. Sekarang ni ada banyak cara untuk melabur termasuklah pelaburan bijak melalui ASB Financing. ASB Financing bukan saja mampu memberikan pulangan dividen tinggi pada hujung tahun, tetapi ianya juga berkonsepkan “force saving”. Jadi bagi yang liat nak menyimpan tu bolehlah cuba mohon ASB Financing.

Selain itu bagi sesiapa yang dah mahir dan ada modal, bolehlah melabur ke Unit Trust. Sila cari ejen bertauliah untuk memberi nasihat dan cadangan portfolio yang bersesuaian. Bagi yang tak berani dan baru-baru nak berjinak juga boleh mula belajar melabur menggunakan Robo Advisor seperti Wahed Investment dan RAIZ.

5. Tambah Sumber Pendapatan

Cuba fikirkan apa-apa saja skill atau kemahiran yang kita tau dan tukarkan kepada bentuk perniagaan sampingan yang kita mampu lakukan. Mungkin ada yang  pandai memasak, melukis, mengambil gambar, menulis ataupun apa saja. Sekarang ni orang buat TikTok pun boleh dapat duit tau. Kena mula fikir secara kreatif bagaimana cara untuk jana duit lebih dari kemahiran kita sendiri.

Bagi yang betul-betul ingin menjana pendapatan melalui kemahiran boleh cuba layari https://www.fiverr.com/ untuk mencari orang yang ingin membayar perkhidmatan kemahiran anda. Kemahiran yang kita boleh tawarkan adalah dari melukis logo, mengambil gambar, alih bahasa, menjadi tutor dan banyak lagi. Pendek kata mahu atau tidak saja.

Berikut adalah diantara Tip Perancangan Kewangan 2021 yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua. Tahun 2021 pasti lebih mencabar dan kita harus mempunyai perancangan untuk bersedia. Biarlah apa yang berlaku pada tahun 2020 sebagai kenangan dan apa yang kita rancang hari ini adalah masa depan kita.

 

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

About author View all posts Author website

Fatheen Deen

Fatheen Deen

Lifestyle Muslimah Blogger and Financial Advisor

15 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial