News
[ August 1, 2020 by Fatheen Deen 0 Comments ]

Cara Claim RM50 ePenjana

Melalui Plan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan dalam usaha meransang dan memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19 kali ini memberi kredit RM50 kepada setiap rakyat Malaysia melalui perkhidmatan eWallet terpilih. Sebelum ini, kerajaan pernah memberi insentif RM30 melalui program e-Tunai Rakyat dan ianya disambut dengan baik oleh rakyat Malaysia. Kali ini melalui ePenjana sebanyak RM35 billion diperuntukkan. Berikut adalah cara claim RM50 ePenjana.

Terdapat tiga penyedia e-Wallet yang terpilih untuk program ini iaitu Touch n’ Go, GrabPay dan Boost. Penebusan boleh dilakukan bermula pada 1 Ogos 2020 sehingga 24 September 2020. Proses pengesahan untuk penebusan akan mengambil masa sehingga 5 hari sebelum ianya akan dikreditkan di akaun masing-masing. Proses pengesahan akan melibatkan pengesahan maklumat diri di aplikasi MySejahtera. Baca di sini untuk mengetahui cara pengesahan diri dan aplikasi MySejahtera.

Siapakah Yang Layak Menerima RM50 ePenjana?
  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
  • Memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan akaun aplikasi eWallet terpilih

(more…)