Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu susu berperisa pisang NILOFA merupakan salah satu produk minuman yang sangat popular yang dikeluarkan oleh Neelofa. Susu berperisa pisang NILOFA ini dikeluarkan pada tahun 2019 dan terus mendapat sambutan luar biasa. Ramai sangat yang memperkatakan mengenai susu ini sampai susah nak beli dan dapatkannya sebab selalu kehabisan stok. Pada tahun 2020 pula khususnya untuk pasaran bulan Ramadhan, Neelofa mengeluarkan satu lagi susu NILOFA iaitu berperisa Kurma dan Pisang. Saya cuba sendiri susu berperisa kurma & pisang Nilofa dan ini adalah review ikhlas saya.

Susu NILOFA ini secara umumnya mempunyai packaging yang sangat kemas dan menarik. Ianya nampak premium dan mahal, bersesuaian dengan harganya iaitu RM4.90 sepeket. Dari segi harga ianya berada dalam paras pertengahan kerana masih ada susu pisang yang lebih mahal. Packaging susu NILOFA juga dikemaskan dengan penutup pek yang boleh dibuka dan disimpan semula. Dari segi design packaging memang nampak cantik dan menarik. Sesiapa yang tengok pasti teringin nak beli.

Susu NILOFA ini sebenarnya dikategorikan sebagai susu berperisa kerana ianya menggunakan bahan-bahan berperisa dan bukannya bahan-bahan sebenar seperti pisang dan kurma. Sebab itulah kita tidak panggil susu pisang, tetapi kita panggil susu berperisa pisang. Oleh disebabkan itu, sudah tentulah rasanya sungguh berbeza dan tidak mempunyai rasa pisang yang tulen.

Susu berperisa kurma & pisang Nilofa ini pula mempunyai gabungan kedua-dua perasa ini dan ianya agak seimbang. Tidak lebih rasa kurma dan tidak pula kurang rasa pisang. Ianya agak sempurna dan tidak terlalu manis. Saya rasa susu berperisa kurma & pisang ini lebih baik dari segi rasa dan khasiatnya. Sudah tentu kurma akan memberikan kita khasiat dan ketahanan yang lebih ketika berpuasa manakala pisang pula dalam membekalkan tenaga. Oleh itu susu berperisa kurma & pisang ini boleh dikatakan diantara pilihan yang baik dan patut dimiliki ketika bulan Ramadhan.

Jadi sesiapa yang ingin mendapatkan stok susu NILOFA ni haruslah cepat-cepat beli secara online di laman web shopee. Buat masa sekarang stok ini sangat terhad dan boleh juga dapatkan dari ejen-ejen yang sah. Untuk info lanjut boleh layari laman web dan media sosial Nilofa.

Facebook : https://www.facebook.com/nilofa.hq
Instagram : https://www.instagram.com/nilofa.hq/

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20
   

About author View all posts Author website

Fatheen Deen

Fatheen Deen

Lifestyle Muslimah Blogger and Financial Advisor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial