Sebagai wanita muslim yang berhijab dan sentiasa ingin kelihatan cantik, sememangnya tidak mudah. Hanya mereka yang memakai hijab saja yang memahami pelbagai persediaan dan dugaan untuk memastikan hijab yang dipakai sentiasa kelihatan kemas, cantik dan bersih. Material hijab yang berbeza, kesukaran membentuk tudung, peluh pada tudung dan kotoran serta makeup yang melekat pada tudung adalah di antara masalah-masalah wanita berhijab. Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan Niqa Hijab Wash iaitu pencuci hijab ataupun tudung yang khusus dihasilkan untuk wanita berhijab. Saya rasa amat teruja untuk mencuba dan membuat review Niqa Hijab Wash di blog saya kali ini.
Terdapat tiga produk oleh Niqa iaitu Niqa Hijab Wash, Niqa Instant Stain Remover dan Niqa Hijab Awning Starch.

Ini adalah set travel pek yang lebih kecil dan mudah di bawa.
Niqa Hijab Wash
Niqa Hijab Wash adalah pencuci asas yang digunakan untuk mencuci tudung. Cara menggunakannya adalah dengan merendamkan tudung bersama 20ml Niqa Hijab Wash di dalam 4 liter air selama beberapa jam. Kemudian hanya perlu bilas dengan air dan sidai. Fungsi utama Niqa Hijab Wash adalah untuk menghapuskan kotoran pada tudung namun masih menjaga kualiti dan warna pada fabric tudung. Selain itu juga ianya melembutkan dan mewangikan tudung. Ianya juga memudahkan untuk tudung digosok dan memelihara material tudung.
Selepas saya menggunakan Niqa Hijab Wash, saya rasa tudung saya lebih lembut dan wangi. Wangi ni penting kerana ianya memberikan rasa kesegaran bila saya memakai tudung.
Niqa Instant Stain Remover
Selain itu, Niqa Instant Stain Remover pula adalah untuk menghilangkan kotoran pada fabrik dengan kadar segera. Biasanya kalau hijab akan mudah terkena kotoran dari makanan ataupun minuman. Jadi sebelum sampai ke rumah, kita bolehlah bersihkan dulu kotoran tersebut dengan Niqa Instant Stain Remover. Ianya umpama magik kerana mampu menghilangkan kotoran dengan serta merta. Cara penggunaannya adalah dengan menyembur pada tempat yang terkena kotoran dengan Niqa Instant Stain Remover dan gosokkan dengan jari. Lap dengan tisu basah sehingga kotoran hilang.
Pengalaman saya menggunakan Niqa Instant Stain Remover ini adalah ianya memang berjaya menghilangkan kotoran ringan dan bukanlah kotoran yang terlalu kotor. Ianya juga harus dibersihkan serta merta apabila kotor dan bukannya kotoran lama yang telah lama melekat. Ianya hanya disembur dengan agak banyak supaya lembab dan barulah boleh dibersihkan. Ianya masih merupakan salah satu alternatif terbaik di kala kecemasan.
Niqa Hijab Awning Starch
Produk ke tiga oleh Niqa adalah Hijab Awning Starch. Seperti namanya, ianya berfungsi untuk membentuk tudung yang sukar dibentuk agar sentiasa cantik sepanjang hari. Hanya perlu semburkan Hijab Awning Starch ketika menggosok tudung untuk lihat hasilnya. Selain ianya membantu untuk membentuk awning ianya juga mempunyai extrak wangian yang menyegarkan. Dah la awning mudah nak dibentuk, wangi pula tu.
Jadi begitulah serba sedikit review Niqa Hijab Wash saya. Saya memang menyukai kesemua produk Niqa ini kerana ianya memudahkan persediaan harian saya. Kalau nak tahu info lebih lanjut mengenai Niqa ni, bolehlah layari https://niqa.com.my/.
Bestnya baca review pasal Niqa Hijab Wash. Akak selalu basuh guna baby wash tau sebab nak jaga punya hal, so now boleh terus guna Niqa wash ni, tak risau rosak tudung tu kan
You look so pretty! The Niqa Hijab Wash, Niqa Instant Stain Remover dan Niqa Hijab Awning Starch seem really nice to use
Rane Chin recently posted…Stay Safe with Cleantech Multipurpose Disinfectant Mist
Baru tahu mengenai pencuci untuk tudung ni… nanti nak tengok lah berapa harga bagai..
Bagus produk dia kan. Memang khas utk hijab – takde le sharing fungsi dengan baju ke apa kan
Rawlins GLAM recently posted…The Sonata [Movie Review]
alamak nampak gaya memang kena beli nih sebab nak jaga tudung sekarang bukan mudah pastu kotor tak seberapa masuk mesin habis jahanam….
Saidila recently posted…MARAN , HIDDEN GEMS DI NEGERI PAHANG
weyyyyyy.. memang kena ada ni 😅 selalu akak makan comot2 sampai ada stain kat tudung.. frust gile..
Menarik ni sebab kalau terkena sos makananlah selalu susah nak hilang dengan cepat. Time kat luar tgh ada event time tu la nak kotor 😬
Cik Puan Ena recently posted…Marine Essence Beauty Bar Bantu Hilangkan Ruam Susu Anak
Nampak.menarik pulak produk ni. Nanti try cari kat pasaran.. mmg sgt memerlukan
rajin cuci tudung cam gini la kan, mesti ada sabun khas dia, especially tudung yang mahal2 tu. kena jaga supaya long lasting
RAIHANAH AHMAD recently posted…Shaklee Jadi Pilihan Paling Popular Untuk Jana Pendapatan
Bagus its my first time get to know that now they have special care for tudung.
Sunshine Kelly recently posted…Ali Zahraa Madeena & Kembara Nabawi Pelita Lusoh
Good to know there is a dedicated liquid to wash the hijab. 🙂
Tekkaus recently posted…Asics Tokyo 2020 Olympics Multi Crossing Pack