Semenjak PKP yang lalu penggunaan face mask bukan sahaja dianggap sebagai salah satu keperluan harian, malahan ianya sudah dianggap sebagai fesyen. Percaya atau tidak, ramai designer tempatan sudah mula menghasilkan face mask yang bukan sahaja untuk melindungi diri dari wabak COVID-19 tetapi juga pada masa yang sama untuk kelihatan cantik dan menarik. Saya tertarik dengan face mask keluaran pereka fesyen Jovian Mandagie yang mempunyai keunikannya tersendiri yang membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama. Mari kita lihat apakah keistimewaan Jovian Face Mask Series ini.

Jovian Face Mask Series ini bukan sahaja nampak cantik tetapi ianya juga mempunyai beberapa ciri-ciri keistimewaan yang menarik. Ianya menerapkan unsur-unsur rekaan yang nampak lembut, cantik dan juga user friendly. Fabrik yang digunakan sebagai contoh begitu premium kerana menggunakan material velvet dan juga neoprene yang stretchable.


Dengan setiap pembelian set face mask ini, ianya didatangkan di dalam kotak putih yang kemas dan nampak tersusun. Setiap set face mask ini juga dilengkapi dengan beberapa helai filter untuk diletak di dalam bahagian dalam face mask nanti. Filter ini adalah untuk kegunaan pakai buang dan manakala face mask Jovian ini boleh dicuci untuk kegunaan berulang kali. Jadi walaupun harga face mask ini agak mahal sedikit, tapi ianya berbaloi kerana boleh digunakan banyak kali.


Terdapat pelbagai pilihan warna can material yang digunakan. Apa yang menarik perhatian saya adalah face mask yang menggunakan kristal Swarovski ini. Ianya nampak sungguh menawan dan anggun sekali. Mungkin sesuai kalau dipakai ketika majlis formal seperti makan malam ataupun acara korporat yang besar. Pasti nampak lebih cantik kalau warnanya dapat disesuaikan dengan dengan tudung ataupun baju.

Selain itu juga, apa yang saya suka mengenai Jovian Face Mask Series ini adalah setiap rekaannya ianya mempunyai 2 pilihan iaitu versi tali untuk dipakai di telinga dan versi untuk wanita berhijab yang menggunakan tali ikatan di belakang kepala. Talinya digabungkan pada penghujung dan kita hanya perlu mengikat sekali sahaja pada bahagian belakang. Saya rasa designnya begitu mudah dan sangat user friendly.


Pengalaman memakai Jovian Face Mask Series sememangnya unik dan menarik sekali. Walaupun sekali pandang nampak seperti face mask biasa, tetapi bila saya pakai rupanya face mask ini direka mengikut bentuk muka kita. Jadi bentuk facemasknya dipakai betul-betul mengikut bentuk muka dan tidak terlalu besar. Walaupun ianya nampak ketat dan materialnya tebal tetapi masih breathable dan ringan. Material di dalamnya begitu lembut dan selesa.


Nampaknya selepas ni saya kena pakai pula Jovian Face Mask Series versi Swarovski. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Jovian Face Mask Series ini bolehlah beli secara online di https://jovian.com.my/. Buat masa sekarang ni, kebanyakkan face mask ni selalu sold out. Jadi kena cepat-cepatlah beli sebelum kehabisan stok.

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

About author View all posts Author website

Fatheen Deen

Fatheen Deen

Lifestyle Muslimah Blogger and Financial Advisor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial