Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telahpun mengumumkan pulangan dividen ASB bagi tahun 2020. Ianya adalah pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan juga pengagihan ehsan 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB sempena ulang tahun ke-30 dana amanah itu. Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata, ia membabitkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 173.2 bilion unit.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz yang membuat pengumuman tersebut secara langsung, berkata pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif meskipun berdepan cabaran ekonomi akibat COVID-19.

Agihan kepada RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 173.2 bilion unit.

Agihan Dividen ASB 2020

Dividen ASB 2020 adalah seperti berikut :

  • Pembayaran terdiri daripada pengagihan pendapatan 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4.25 sen seunit.
  • Bersempena dengan Ulang Tahun ke-30 ASB, pemegang unit akan turut menerima khas Ehsan 0.75 sen seunit untuk 30,000 unit pertama.

Pelabur yang mempunyai simpanan di ASB pasti sedang berkira-kira sekarang berapakah jumlah dividen yang akan diperolehi. Sebenarnya walaupun dividen ASB telahpun menurun, tetapi interest untuk ASB Financing juga telah turun sehingga 3.5% jika dibandingkan pada tahun-tahun lepas mencecah sehingga 5%. Dengan isu pandemik COVID19 yang sedang melanda dunia sekarang, sedikit mana pun untung ianya merupakan keuntungan. Secara kasarnya berikut adalah cara pengiraan Dividen ASB 2020.

Contoh untuk pemegang unit ASB yang mempunyai RM100,000

RM100,000 x 4.25  = RM4,250
Untuk 30,000 unit pertama
*1 Unit = RM1
RM30,000 x 0.75% = RM225
Jumlah keseluruhan = RM4,475

Jumlah keuntungan keseluruhan sekiranya pemegang unit ASB membuat ASB Financing bukanlah dikira berdasarkan dari dividen semata-mata. Pemegang unit ASB, juga akan menerima pulangan dari surrender value ketika menutup akaun ASB Financing nanti. Pada post saya akan datang datang saya akan kongsikan macam mana nak maksimumkan keuntungan melalui ASB Financing dan pengiraan asas surrender value.

InsyaAllah bila kita dah tau apa yang kita buat dan faham teknik pelaburan bijak melalui ASB Financing kita akan boleh susun semula perancangan kewangan kita untuk tahun 2021.

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20
   

About author View all posts Author website

Fatheen Deen

Fatheen Deen

Lifestyle Muslimah Blogger and Financial Advisor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial