Category - Review

Review Niqa Hijab Wash

Sebagai wanita muslim yang berhijab dan sentiasa ingin kelihatan cantik, sememangnya tidak mudah. Hanya mereka yang memakai hijab saja yang memahami pelbagai persediaan dan dugaan untuk memastikan hijab yang dipakai sentiasa kelihatan kemas, cantik dan bersih. Material hijab yang berbeza, kesukaran membentuk tudung, peluh pada tudung dan kotoran serta makeup yang melekat pada tudung adalah di antara masalah-masalah wanita berhijab. Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan Niqa Hijab Wash iaitu pencuci hijab ataupun tudung yang khusus dihasilkan untuk wanita berhijab. Saya rasa amat teruja untuk mencuba dan membuat review Niqa Hijab Wash di blog saya kali ini.

Terdapat tiga produk oleh Niqa iaitu Niqa Hijab Wash, Niqa Instant Stain Remover dan Niqa Hijab Awning Starch.

Review Niqa Hijab Wash

Ini adalah set travel pek yang lebih kecil dan mudah di bawa.

Niqa Hijab Wash

Niqa Hijab Wash adalah pencuci asas yang digunakan untuk mencuci tudung. Cara menggunakannya adalah dengan merendamkan tudung bersama 20ml Niqa Hijab Wash di dalam 4 liter air selama beberapa jam. Kemudian hanya perlu bilas dengan air dan sidai. Fungsi utama Niqa Hijab Wash adalah untuk menghapuskan kotoran pada tudung namun masih menjaga kualiti dan warna pada fabric tudung. Selain itu juga ianya melembutkan dan mewangikan tudung. Ianya juga memudahkan untuk tudung digosok dan memelihara material tudung. Read More

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Susu Berperisa Kurma & Pisang Nilofa

Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu susu berperisa pisang NILOFA merupakan salah satu produk minuman yang sangat popular yang dikeluarkan oleh Neelofa. Susu berperisa pisang NILOFA ini dikeluarkan pada tahun 2019 dan terus mendapat sambutan luar biasa. Ramai sangat yang memperkatakan mengenai susu ini sampai susah nak beli dan dapatkannya sebab selalu kehabisan stok. Pada tahun 2020 pula khususnya untuk pasaran bulan Ramadhan, Neelofa mengeluarkan satu lagi susu NILOFA iaitu berperisa Kurma dan Pisang. Saya cuba sendiri susu berperisa kurma & pisang Nilofa dan ini adalah review ikhlas saya.

Susu NILOFA ini secara umumnya mempunyai packaging yang sangat kemas dan menarik. Ianya nampak premium dan mahal, bersesuaian dengan harganya iaitu RM4.90 sepeket. Dari segi harga ianya berada dalam paras pertengahan kerana masih ada susu pisang yang lebih mahal. Packaging susu NILOFA juga dikemaskan dengan penutup pek yang boleh dibuka dan disimpan semula. Dari segi design packaging memang nampak cantik dan menarik. Sesiapa yang tengok pasti teringin nak beli. Read More

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial