Assalamualaikum. Sebenarnya saya adalah peminat setia batik dan saya meminati apa jua rekaan pakaian berasaskan batik. Jadi apabila Calice melancarkan koleksi baju kurung batik untuk Aidilfitri tahun ini saya terus jatuh cinta pandang pertama dengan rekaan baju kurung batik Calice. Calice merupakan salah satu jenama pakaian wanita yang terkenal dan telah memenangi anugerah Asia Top Excellence Brand 2018-2020. Apa yang menjadikan rekaan baju kurung Calice ini begitu unik dan cantik adalah designnya yang moden namun masih mengekalkan ciri-ciri asli batik.

Review Baju Kurung Lily Calice

Untuk review kali ini saya telah mencuba salah satu koleksi terbaru Calice Raya 2020 iaitu Lily Basic Kurung. Terdapat lebih 20 pilihan warna dan corak batik yang ditawarkan sampai saya sendiri pun rambang mata untuk memilih manakah satu rekaan yang menjadi pilihan hati. Kesemua rekaan Baju Kurung Lily mengekalkan corak batik seperti elemen bunga, kerawang, daun dan sebagainya. Pilihan warna untuk semua rekaannya pula menawarkan pelbagai variasi warna nusantara dan juga warna-warna yang ceria. Ianya nampak sungguh moden namun masuk nampak klasik.

Material Kurung Lily Calice diperbuat dengan kain cotton Korea yang lembut dan tidak panas. Ianya sesuai dipakai walaupun ketika berada di luar rumah dan masih tidak mudah berpeluh. Material kainnya agak tebal namun tidak terlalu tebal. Ianya bagus sebab tidak transparent dan sejuk serta selesa dipakai. Sekali pandang baju kurung ini direka dan dijahit begitu kemas dan teliti. Rekaannya tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat. Untuk review ini, saya memakai baju bersaiz S.

Ciri-ciri menarik yang lain terdapat pada baju kurung ini juga adalah seperti zip pada bahagian tangan untuk memudahkan mengambil wuduk dan juga zip pada bahagian hadapan sebagai ciri Breastfeed Friendly.

Macam mana cantikkan baju kurung Calice ni? Baju ini dijual dengan harga RM179 namun begitu pada musim perayaan baju ini dijual dengan harga promosi. Untuk mendapatkan deal terbaik dan membeli baju ini boleh order melalui trusted dropshipper Calice Shah Alam.

Instagram : https://www.instagram.com/calice.shahalam/
Pembelian Online : http://www.wasap.my/60189001337/CaliceShahAlam

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

About author View all posts Author website

Fatheen Deen

Fatheen Deen

Lifestyle Muslimah Blogger and Financial Advisor

14 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial