Author - Fatheen Deen

5 Amalan Kewangan Baik

Dalam menentukan pendapatan kewangan yang kukuh dan perancangan simpanan masa hadapan yang baik, kita harus mempunyai beberapa sikap dan amalan yang betul dalam pengurusan wang. Gagal menguruskan perbelanjaan harian dan merancang komitmen bulanan merupakan di antara salah satu faktor kegagalan perancangan kewangan. Dengan mempunyai amalan yang baik dan sihat dalam pengurusan wang akan membantu kita untuk mempunyai kewangan yang kukuh pada masa akan datang. Kali ini saya ingin kongsikan 5 Amalan Kewangan Baik  yang patut diamalkan oleh setiap orang.

1. Saving Habits (Amalan Menyimpan)

Kita kena pandai merancang dan menyimpan pendapatan bulanan kita. Biasanya 20-30% dari jumlah pendapatan bulanan adalah diasingkan untuk simpanan. Lakukan ini setiap kali pada hari dapat gaji, dan bukannya selepas membuat perbelanjaan. Pindahkan ke dalam akaun peribadi yang lain dan jangan campurkan dengan akaun yang sama bagi mengelakkan terbelanja. Mula-mula memang susah, tapi lama-kelamaan kita akan terbiasa dengan habit ini.

Tapi kalau tak mampu juga menyimpan, sekurang-kurangnya cubalah simpan sedikit.

2. Spending Habits (Amalan Berbelanja)

Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan. Jangan terikut-ikut peredaran semasa ataupun beli benda viral semata-mata untuk nampak kaya ataupun mampu untuk beli. Beli perkara yang kita perlu sahaja dan kalau ada keinginan sesuatu barang pun rancang dan simpan untuk beli barang tersebut. Bukannya ada duit lebih sedikit terus beli. Selain itu juga, kita boleh track setiap komitmen bulanan kita dan tengok secara keseluruhan perbelanjaan bulanan kita.

Saya suka tengok overall komitmen bulanan saya dan lepas tu saya akan tengok manakah yang boleh dikurangkan. Contohnya dulu saya suka melanggan Netflix HD yang berharga RM55 sebulan semata-mata ingin menonton K-Drama kegemaran saya. Lepas tu saya jarang-jarang ada masa menonton dan akhirnya saya tutup. Begitu juga dengan bil internet, telefon dan apa-apa yang kita rasa tak penting, kita tutup dan tamatkan kontrak.

3. Credit Card Habits (Amalan Kad Kredit)

Kad kredit sebenarnya bagus kalau digunakan dengan baik dan bijak. Sebenarnya ramai yang tersilap dan menggunakan kad kredit dengan cara yang salah. Kita sepatutnya hanya membuat pembayaran menggunakan kad kredit dengan nilai yang kita mampu bayar semula ataupun sebenarnya kita ada jumlah nilai tersebut dalam bentuk tunai. Kad kredit memudahkan kita membuat pembayaran disamping mendapat penjimatan serta cash back dengan melakukan transaksi.

Tapi ramai orang silap dan belanja untuk jumlah wang yang mereka tiada. Jadi akhirnya kad kredit menjadi beban  dan komitmen bulanan yang memeritkan. Sepatutnya setiap pembayaran menggunakan kad kredit dibayar terus sebelum 20 hari bagi mengelakkan interest.

Kad kredit tak bersalah tau, yang salah cara kita mengunakan kad kredit.

4. Income Habits (Amalan Pendapatan Tambahan)

Dalam zaman kita sekarang ni memang tak cukup kalau mengharapkan dari duit gaji bulanan saja. Bukan nak kata kita ni boros atau tak pandai berjimat, tetapi kita sudah kena pandai untuk mencari pendapatan tambahan dengan cara bijak. Amalan kewangan yang bijak adalah dengan menggandakan tunai yang ada ditangan melalui pelaburan.

Gandakan perlaburan melalui ASB Financing

Ada banyak cara dan teknik untuk membuat pelaburan bijak tetapi salah satu pelaburan bijak yang saya ingin kongsikan adalah melalui ASB Financing. Masih ramai yang tidak tahu dengan ASB Financing dan kalau ada tahu pun mereka rasa mereka tidak mampu dan belum bersedia untuk membuatnya. Kenapa? Sebab kebanyakkan orang rasa susah untuk membuat komitmen tetap secara bulanan. Ianya memang susah, tapi sebab itulah ada juga orang yang memanggil ASB Financing sebagai teknik “force saving”.

ASB Financing merupakan salah satu teknik pelaburan bijak

Bayangkanlah dengan komitmen yang rendah setiap bulan, pada hujung tahun nanti kita akan pulangan semula melalui dividen. Apa yang menariknya juga, nilai dividen ini dikira berdasarkan jumlah pembiayaan ASB Financing. Amalan ni lebih bijak dari menyimpan duit di dalam akaun simpanan biasa ataupun akaun simpanan ASB.

5. Sedekah

Semakin banyak rezeki kita dapat semakin banyak kita harus memberi dan bersedekah. Ini merupakan amalan yang sangat baik dan dituntut. InsyaAllah dengan amalan bersedekah rezeki kita akan bertambah dan dilimpahkan lagi.

Semoga 5 Amalan Kewangan Baik yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah

 

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

ASB Financing Interest Rate 3.6%

Sekarang adalah masa yang terbaik untuk mula menyimpan di ASB Financing dengan interest rate yang rendah. Kalau kebiasaannya interest rate bagi pembiayaan ASB Financing mencecah sehingga 5%. Manakala ketika PKP, bank telah menurunkan interest rate bagi permohonan ASB Financing kepada 3.85%. Walau bagaimanapun, bank menurunkan lagi interest rate pada bulan Ogos 2020 kepada 3.6% bagi menggalakkan lebih ramai mengambil peluang keemasan ini.

Situasi ini adalah jarang-jarang berlaku dan semua orang harus mengambil peluang ini untuk memulakan pembiayaan ASB Financing sebagai salah satu persediaan pasca COVID-19. Mari kita lihat semula jumlah pembiayaan bulanan dengan interest rate yang baru ini iaitu 3.6%.

Interest Rate 3.6%
RM200,00 bulanan RM787
RM150,000 bulanan RM591
RM100,000 bulanan RM400

Read More

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Cara Claim RM50 ePenjana

Melalui Plan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan dalam usaha meransang dan memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19 kali ini memberi kredit RM50 kepada setiap rakyat Malaysia melalui perkhidmatan eWallet terpilih. Sebelum ini, kerajaan pernah memberi insentif RM30 melalui program e-Tunai Rakyat dan ianya disambut dengan baik oleh rakyat Malaysia. Kali ini melalui ePenjana sebanyak RM35 billion diperuntukkan. Berikut adalah cara claim RM50 ePenjana.

Terdapat tiga penyedia e-Wallet yang terpilih untuk program ini iaitu Touch n’ Go, GrabPay dan Boost. Penebusan boleh dilakukan bermula pada 1 Ogos 2020 sehingga 24 September 2020. Proses pengesahan untuk penebusan akan mengambil masa sehingga 5 hari sebelum ianya akan dikreditkan di akaun masing-masing. Proses pengesahan akan melibatkan pengesahan maklumat diri di aplikasi MySejahtera. Baca di sini untuk mengetahui cara pengesahan diri dan aplikasi MySejahtera.

Siapakah Yang Layak Menerima RM50 ePenjana?
  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
  • Memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan akaun aplikasi eWallet terpilih

Read More

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Jovian Face Mask Series

Semenjak PKP yang lalu penggunaan face mask bukan sahaja dianggap sebagai salah satu keperluan harian, malahan ianya sudah dianggap sebagai fesyen. Percaya atau tidak, ramai designer tempatan sudah mula menghasilkan face mask yang bukan sahaja untuk melindungi diri dari wabak COVID-19 tetapi juga pada masa yang sama untuk kelihatan cantik dan menarik. Saya tertarik dengan face mask keluaran pereka fesyen Jovian Mandagie yang mempunyai keunikannya tersendiri yang membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama. Mari kita lihat apakah keistimewaan Jovian Face Mask Series ini.

Jovian Face Mask Series ini bukan sahaja nampak cantik tetapi ianya juga mempunyai beberapa ciri-ciri keistimewaan yang menarik. Ianya menerapkan unsur-unsur rekaan yang nampak lembut, cantik dan juga user friendly. Fabrik yang digunakan sebagai contoh begitu premium kerana menggunakan material velvet dan juga neoprene yang stretchable.

Read More

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Review Niqa Hijab Wash

Sebagai wanita muslim yang berhijab dan sentiasa ingin kelihatan cantik, sememangnya tidak mudah. Hanya mereka yang memakai hijab saja yang memahami pelbagai persediaan dan dugaan untuk memastikan hijab yang dipakai sentiasa kelihatan kemas, cantik dan bersih. Material hijab yang berbeza, kesukaran membentuk tudung, peluh pada tudung dan kotoran serta makeup yang melekat pada tudung adalah di antara masalah-masalah wanita berhijab. Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan Niqa Hijab Wash iaitu pencuci hijab ataupun tudung yang khusus dihasilkan untuk wanita berhijab. Saya rasa amat teruja untuk mencuba dan membuat review Niqa Hijab Wash di blog saya kali ini.

Terdapat tiga produk oleh Niqa iaitu Niqa Hijab Wash, Niqa Instant Stain Remover dan Niqa Hijab Awning Starch.

Review Niqa Hijab Wash

Ini adalah set travel pek yang lebih kecil dan mudah di bawa.

Niqa Hijab Wash

Niqa Hijab Wash adalah pencuci asas yang digunakan untuk mencuci tudung. Cara menggunakannya adalah dengan merendamkan tudung bersama 20ml Niqa Hijab Wash di dalam 4 liter air selama beberapa jam. Kemudian hanya perlu bilas dengan air dan sidai. Fungsi utama Niqa Hijab Wash adalah untuk menghapuskan kotoran pada tudung namun masih menjaga kualiti dan warna pada fabric tudung. Selain itu juga ianya melembutkan dan mewangikan tudung. Ianya juga memudahkan untuk tudung digosok dan memelihara material tudung. Read More

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Promosi ASB Loan sempena PKP

ASB Loan atau ASB Financing adalah salah satu cara pelaburan bijak yang dapat mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Dengan mempunyai modal yang minimum, pelaburan melalui ASB Loan adalah salah satu langkah yang patut diambil oleh semua bumiputera. Tambahan pula ketika kita sedang dilanda wabak COVID-19, kita harus bersedia dengan simpanan  yang bijak dan pelaburan yang berisiko rendah. Kali ini saya ingin kongsikan promosi ASB Loan sempena PKP.

Tetapi sebelum itu ingin saya kongsikan di mana ASB Loan adalah pinjaman konvensional manakala ASB Financing adalah pembiayaan Islamik.

Interest Rate ASB Loan/Financing sempena PKP

Bagi yang belum tahu ataupun tidak yakin lagi untuk melabur di dalam ASB Financing, ini adalah waktu yang terbaik. Ini adalah kerana ketika PKP sehingga PKPB, interest rate untuk permohonan ASB Financing adalah yang paling rendah sekali. Pada kebiasaannya interest rate bagi pembiayaan ASB Financing mencecah sehingga 5%. Manakala ketika PKP, bank telah menurunkan interest rate bagi permohonan ASB Financing sehingga 3.85%. Situasi ini jarang-jarang berlaku dan sebagai pelabur yang bijak, kita harus mengambil peluang ini sekarang. Read More

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Review Baju Kurung Lily Calice

Assalamualaikum. Sebenarnya saya adalah peminat setia batik dan saya meminati apa jua rekaan pakaian berasaskan batik. Jadi apabila Calice melancarkan koleksi baju kurung batik untuk Aidilfitri tahun ini saya terus jatuh cinta pandang pertama dengan rekaan baju kurung batik Calice. Calice merupakan salah satu jenama pakaian wanita yang terkenal dan telah memenangi anugerah Asia Top Excellence Brand 2018-2020. Apa yang menjadikan rekaan baju kurung Calice ini begitu unik dan cantik adalah designnya yang moden namun masih mengekalkan ciri-ciri asli batik.

Review Baju Kurung Lily Calice

Untuk review kali ini saya telah mencuba salah satu koleksi terbaru Calice Raya 2020 iaitu Lily Basic Kurung. Terdapat lebih 20 pilihan warna dan corak batik yang ditawarkan sampai saya sendiri pun rambang mata untuk memilih manakah satu rekaan yang menjadi pilihan hati. Kesemua rekaan Baju Kurung Lily mengekalkan corak batik seperti elemen bunga, kerawang, daun dan sebagainya. Pilihan warna untuk semua rekaannya pula menawarkan pelbagai variasi warna nusantara dan juga warna-warna yang ceria. Ianya nampak sungguh moden namun masuk nampak klasik. Read More

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Tudung Ariani Oriental Raya 2020

Assalamualaikum. Sempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini Galeri Ariani telah mengeluarkan satu lagi koleksi istimewa hari raya iaitu Oriental Raya 2020 Square Series Megan Printed. Ianya mengandungi 6 pilihan warna yang menarik iaitu Black, Blue, Orange, Yellow, Turquoise dan Tan. Selain dari square series printed ini, Galeri Ariani juga turut mengeluarkan koleksi Shawl Printed di dalam koleksi Oriental Raya 2020. Kedua-dua koleksi ini dijual pada harga RM119 dan kali ini saya berpeluang mendapatkan salah satu koleksi Oriental Raya 2020 Square Series Megan Printed untuk dikongsikan di blog saya.


Saya mendapatkan koleksi Square Series  yang berwarna orange di outlet Ariani di Shah Alam. Secara peribadinya, saya rasa warna orange ini sangat menarik dan ceria. Memang sesuai untuk digayakan di pagi raya. Sebaik saja saya memakai tudung ini, apa yang saya boleh katakan adalah materialnya sangat berkualiti dan cantik. Ianya juga amat mudah digayakan kerana materialnya tidak terlalu lembik. Apa juga style tudung yang saya buat, ianya akan kekal dan tidak banyak bergerak. Read More

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Susu Berperisa Kurma & Pisang Nilofa

Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu susu berperisa pisang NILOFA merupakan salah satu produk minuman yang sangat popular yang dikeluarkan oleh Neelofa. Susu berperisa pisang NILOFA ini dikeluarkan pada tahun 2019 dan terus mendapat sambutan luar biasa. Ramai sangat yang memperkatakan mengenai susu ini sampai susah nak beli dan dapatkannya sebab selalu kehabisan stok. Pada tahun 2020 pula khususnya untuk pasaran bulan Ramadhan, Neelofa mengeluarkan satu lagi susu NILOFA iaitu berperisa Kurma dan Pisang. Saya cuba sendiri susu berperisa kurma & pisang Nilofa dan ini adalah review ikhlas saya.

Susu NILOFA ini secara umumnya mempunyai packaging yang sangat kemas dan menarik. Ianya nampak premium dan mahal, bersesuaian dengan harganya iaitu RM4.90 sepeket. Dari segi harga ianya berada dalam paras pertengahan kerana masih ada susu pisang yang lebih mahal. Packaging susu NILOFA juga dikemaskan dengan penutup pek yang boleh dibuka dan disimpan semula. Dari segi design packaging memang nampak cantik dan menarik. Sesiapa yang tengok pasti teringin nak beli. Read More

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Perbezaan ASB dan ASBF

Assalamualaikum semua. Apakah perbezaan ASB dan ASBF? Ini adalah persoalan yang paling popular dan sering ditanya bila kita bercakap tentang ASB ataupun Amanah Saham Bumiputera. Kali ni saya nak terangkan apakah perbezaan ASB dan ASBF ataupun ASB Financing. Sebelum saya  teruskan, saya ingin tekankan iaitu kedua-duanya adalah pelaburan yang sangat baik dan bijak. Sangat rugi kalau kita tak memiliki salah satu daripadanya sebab kita akan mendapat keuntungan dari dividen tahunan yang ditawarkan.

Mari kita mulakan apakah perbezaan antara ASB dan ASB Financing.

Read More

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial