Assalamualaikum. Sempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini Galeri Ariani telah mengeluarkan satu lagi koleksi istimewa hari raya iaitu Oriental Raya 2020 Square Series Megan Printed. Ianya mengandungi 6 pilihan warna yang menarik iaitu Black, Blue, Orange, Yellow, Turquoise dan Tan. Selain dari square series printed ini, Galeri Ariani juga turut mengeluarkan koleksi Shawl Printed di dalam koleksi Oriental Raya 2020. Kedua-dua koleksi ini dijual pada harga RM119 dan kali ini saya berpeluang mendapatkan salah satu koleksi Oriental Raya 2020 Square Series Megan Printed untuk dikongsikan di blog saya.


Saya mendapatkan koleksi Square Series  yang berwarna orange di outlet Ariani di Shah Alam. Secara peribadinya, saya rasa warna orange ini sangat menarik dan ceria. Memang sesuai untuk digayakan di pagi raya. Sebaik saja saya memakai tudung ini, apa yang saya boleh katakan adalah materialnya sangat berkualiti dan cantik. Ianya juga amat mudah digayakan kerana materialnya tidak terlalu lembik. Apa juga style tudung yang saya buat, ianya akan kekal dan tidak banyak bergerak.

Warnanya ini begitu jelas dan terang. Oleh kerana pilih warna orange ini agak vibrant, saya memilih untuk mengayakan dengan baju yang berwarna  lembut dan cerah bagi menaikkan design tudung ini.

Review Ariani Oriental Raya 2020

Ariani Oriental Raya 2020 Square Series

Menggayakan Square Series berwarna orange

Ariani Oriental Raya 2020 Square Series

Selasa dan mudah menggayakan

Ianya sangat selesa dipakai dan dengan designnya yang unik membuatkan ianya nampak sangat premium. Tudung Ariani Oriental Raya ini memang sesuai untuk dijadikan salah satu pilihan tudung di pagi raya nanti.

Ariani Oriental Raya 2020

Design yang nampak premium

Galeri Ariani juga turut berkongsi gambar #OOTD saya mengayakan koleksi tudung Ariani Oriental Raya 2020 ini melalui laman facebook dan instagram mereka. Terharu bila saya tahu tentang perkara ni . Terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengurusan Galeri Ariani.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan koleksi Ariani Oriental Raya 2020 Square Series ini ataupun koleksi Ariani yang lain, bolehlah beli secara online di  https://www.arianionline.my/ 

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

About author View all posts Author website

Fatheen Deen

Fatheen Deen

Lifestyle Muslimah Blogger and Financial Advisor

16 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial