Dalam menentukan pendapatan kewangan yang kukuh dan perancangan simpanan masa hadapan yang baik, kita harus mempunyai beberapa sikap dan amalan yang betul dalam pengurusan wang. Gagal menguruskan perbelanjaan harian dan merancang komitmen bulanan merupakan di antara salah satu faktor kegagalan perancangan kewangan. Dengan mempunyai amalan yang baik dan sihat dalam pengurusan wang akan membantu kita untuk mempunyai kewangan yang kukuh pada masa akan datang. Kali ini saya ingin kongsikan 5 Amalan Kewangan Baik  yang patut diamalkan oleh setiap orang.

1. Saving Habits (Amalan Menyimpan)

Kita kena pandai merancang dan menyimpan pendapatan bulanan kita. Biasanya 20-30% dari jumlah pendapatan bulanan adalah diasingkan untuk simpanan. Lakukan ini setiap kali pada hari dapat gaji, dan bukannya selepas membuat perbelanjaan. Pindahkan ke dalam akaun peribadi yang lain dan jangan campurkan dengan akaun yang sama bagi mengelakkan terbelanja. Mula-mula memang susah, tapi lama-kelamaan kita akan terbiasa dengan habit ini.

Tapi kalau tak mampu juga menyimpan, sekurang-kurangnya cubalah simpan sedikit.

2. Spending Habits (Amalan Berbelanja)

Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan. Jangan terikut-ikut peredaran semasa ataupun beli benda viral semata-mata untuk nampak kaya ataupun mampu untuk beli. Beli perkara yang kita perlu sahaja dan kalau ada keinginan sesuatu barang pun rancang dan simpan untuk beli barang tersebut. Bukannya ada duit lebih sedikit terus beli. Selain itu juga, kita boleh track setiap komitmen bulanan kita dan tengok secara keseluruhan perbelanjaan bulanan kita.

Saya suka tengok overall komitmen bulanan saya dan lepas tu saya akan tengok manakah yang boleh dikurangkan. Contohnya dulu saya suka melanggan Netflix HD yang berharga RM55 sebulan semata-mata ingin menonton K-Drama kegemaran saya. Lepas tu saya jarang-jarang ada masa menonton dan akhirnya saya tutup. Begitu juga dengan bil internet, telefon dan apa-apa yang kita rasa tak penting, kita tutup dan tamatkan kontrak.

3. Credit Card Habits (Amalan Kad Kredit)

Kad kredit sebenarnya bagus kalau digunakan dengan baik dan bijak. Sebenarnya ramai yang tersilap dan menggunakan kad kredit dengan cara yang salah. Kita sepatutnya hanya membuat pembayaran menggunakan kad kredit dengan nilai yang kita mampu bayar semula ataupun sebenarnya kita ada jumlah nilai tersebut dalam bentuk tunai. Kad kredit memudahkan kita membuat pembayaran disamping mendapat penjimatan serta cash back dengan melakukan transaksi.

Tapi ramai orang silap dan belanja untuk jumlah wang yang mereka tiada. Jadi akhirnya kad kredit menjadi beban  dan komitmen bulanan yang memeritkan. Sepatutnya setiap pembayaran menggunakan kad kredit dibayar terus sebelum 20 hari bagi mengelakkan interest.

Kad kredit tak bersalah tau, yang salah cara kita mengunakan kad kredit.

4. Income Habits (Amalan Pendapatan Tambahan)

Dalam zaman kita sekarang ni memang tak cukup kalau mengharapkan dari duit gaji bulanan saja. Bukan nak kata kita ni boros atau tak pandai berjimat, tetapi kita sudah kena pandai untuk mencari pendapatan tambahan dengan cara bijak. Amalan kewangan yang bijak adalah dengan menggandakan tunai yang ada ditangan melalui pelaburan.

Gandakan perlaburan melalui ASB Financing

Ada banyak cara dan teknik untuk membuat pelaburan bijak tetapi salah satu pelaburan bijak yang saya ingin kongsikan adalah melalui ASB Financing. Masih ramai yang tidak tahu dengan ASB Financing dan kalau ada tahu pun mereka rasa mereka tidak mampu dan belum bersedia untuk membuatnya. Kenapa? Sebab kebanyakkan orang rasa susah untuk membuat komitmen tetap secara bulanan. Ianya memang susah, tapi sebab itulah ada juga orang yang memanggil ASB Financing sebagai teknik “force saving”.

ASB Financing merupakan salah satu teknik pelaburan bijak

Bayangkanlah dengan komitmen yang rendah setiap bulan, pada hujung tahun nanti kita akan pulangan semula melalui dividen. Apa yang menariknya juga, nilai dividen ini dikira berdasarkan jumlah pembiayaan ASB Financing. Amalan ni lebih bijak dari menyimpan duit di dalam akaun simpanan biasa ataupun akaun simpanan ASB.

5. Sedekah

Semakin banyak rezeki kita dapat semakin banyak kita harus memberi dan bersedekah. Ini merupakan amalan yang sangat baik dan dituntut. InsyaAllah dengan amalan bersedekah rezeki kita akan bertambah dan dilimpahkan lagi.

Semoga 5 Amalan Kewangan Baik yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah

 

Please follow and like us:
error0
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

About author View all posts Author website

Fatheen Deen

Fatheen Deen

Lifestyle Muslimah Blogger and Financial Advisor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial